Online Reference

Online Reference
Dictionary, Encyclopedia & more
Word:
Look in: Dictionary & thesaurus
Computing Dictionary
Medical Dictionary
Legal Dictionary
Financial Dictionary
Acronyms
Idioms
Wikipedia Encyclopedia
Columbia Encyclopedia
Periodicals
Literature
by:

Saturday, March 31, 2007

Tentang Cinta

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai datang menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik dan membasahi kaki Cinta. Tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.

"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!" teriak Cinta. Dengan segera Kekayaan pun menjawab, "Ohh! Maafkan aku Cinta," kata Kekayaan. "Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tidak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagi pun tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini."

Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan sebuah perahu. "Kegembiraan! Tolonglah aku!" teriak Cinta. Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengar teriakan Cinta. Air semakin meninggi hingga sampai ke paras pinggang Cinta. Cinta semakin panik.

Tidak lama selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya. "Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!" teriak Cinta. "Alamak, Cinta! Kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta mula mengangis teresak-esak.

"Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak mempedulikan aku?" rintihnya sayu. Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pula Kesedihan dengan perahunya. "Oh Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta. "Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian..." kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya.

Air semakin naik dan akan menggelamkannya. Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan. Dia berdoa kepada Tuhan. "Oh Tuhan tologlah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa Cinta?"

Pada saat kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya, "Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua yang berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke perahu itu, teapt sebelum air menggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada seseorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu," kata orang itu. Cinta pun bertanya lagi "Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku."

"Sebab hanya Waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu..." kata orang itu.

Cintailah Cinta

Hidup tanpa cinta ialah hidup tanpa cita-cita.
Cinta yang terbaik ialah cinta yang bertalian dengan cita-cinta.

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan
dan tidak berkurang kerana kesalahan.

Perempuan-perempuan yang baik adalah
untuk lelaki-lelaki yang baik.
Manakala lelaki-lelaki yang baik
adalah untuk perempuan-perempuan yang baik.

Seseorang yang mengatur langkah dan mengawal kekasihnya
sebenarnya mencintai diri sendirinya...

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,
dan kamu masih mampu tersenyum,
sambil berkata: Aku turut bahagia untukmu...

Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun
dia tidak berada disisi kita.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu
dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu...

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghina diri,
tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi membangkitkan semangat - Hamka

Hati-hati dengan cinta,
kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit,
orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak,
jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu...

Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang
dapat menyembuhkan segala penyakit,
dan jalan yang menuju kepada rasa
cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

Cinta sesuatu yang mengasyikkan,
ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh menjadi racun jika tersalah tempat.
Apa pun cinta itu buta.

Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Cinta menjadi buta apabila cinta mengusai diri kita tanpa pertimbangan.

Hanya seminit untuk mentafsir seseorang,
sejam untuk menyukai seseorang,
sehari untuk mencintai seseorang,
tetapi seumur hidup untuk melupakan seseorang yang pernah dicintai...

Janganlah terlalu menyintai seseorang yang kau kasihi,
bimbang dia akan menjadi orang yang kau benci suatu hari kelak.
Janganlah terlalu membenci seseorang yang kau benci,
bimbang dia akan menjadi orang yang paling cintai suatu hari nanti.

Bercintalah dengan pelajaran,
bertunanglah dengan mengulangkaji pelajaran,
berkahwinlah dengan peperiksaan,
dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Word of the Day

Article of the Day

Today's Birthday

In the News

Quote of the Day

Spelling Bee
difficulty level:
score: -
please wait...
 
spell the word:

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Hangman

Today In History

Latest News

Countdown