Online Reference

Online Reference
Dictionary, Encyclopedia & more
Word:
Look in: Dictionary & thesaurus
Computing Dictionary
Medical Dictionary
Legal Dictionary
Financial Dictionary
Acronyms
Idioms
Wikipedia Encyclopedia
Columbia Encyclopedia
Periodicals
Literature
by:

Wednesday, December 17, 2008

Terima Kasih Teman

Telah lama ku intai bayangmu
Namun tidak pernah kau tahu akan kehadiranku
Dari hari ke hari
CINTA ku mulai berputik buatmu

Kucuba usir rasa ini
Namun
Siapalah diriku ini untuk menolak
Kehadiran CINTA di dalam hati ini

dan..

Seperti aku sedari
Tiada ruang untukku
Di hatimu

Namun..
Ku luahkan juga padamu
Rasa CINTAku
Yang telah terpendam lama
Jauh nun di sudut hatiku
Apakah kau jua merasakannya??

Terima kasih
Kerana sudi mengisi kek0songan hatiku
Kerana sudi berkongsi suka dan duka bersama ku
Kerana menolak cintaku ini..

Nasib Orang Bujang

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

MORAL OF THE STORY : DONT ASK!

**secebis KASIH membuat kita SAYANG ….seucap JANJI membuat kita PERCAYA…..sekecil LUKA membuat kita KECEWA…..tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA…

(dipetik daripada tentangcinta.com)

Wednesday, December 10, 2008

siapalah aku..

Siapalah aku
untuk merenung sinar matamu
dikala malam serasa sepi
Siapalah aku
untuk menghidu keharumanmu
semerbak bunga ditaman indah
Siapalah aku
untuk memimpin tanganmu
melewati kota titian jiwa
Seharusnya
aku telah lama menyedari
bahawa aku
hanyalah insan terpinggir
yang tak mampu
untuk bergandingan disisimu
apa lagi mengisi ruang kalbumu
Maafkan aku..
tanpa menyedari
cuba menyapa hatimu
walaupun salamku 
tidak pernah bersambut...

Madah Cinta..

Apabila kau ingin bercinta,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin bercinta,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan kekasih yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang kekasih,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bercinta,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang kekasih,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bercintalah kerana Allah.. 
Sesungguhnya Allah itu yg maha sempurna....


Tuesday, December 9, 2008

Muse - Unintended

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I’ll always love
You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I’ll always love

I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I’ll always love

I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before


Dipetik daripada tentangcinta.com

Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertahun..


Dipetik daripada tentangcinta.com

Penafian: pos ni tidak ada kena mengena dengan aku..saje je pos kat sini

Friday, December 5, 2008

Mencari Cinta

Kumencari - cari
Cinta yang sejati
Cinta yang suci yang hakiki
Di dalam diri ini

Aku sangkakan cinta manusia
Itulah yang suci yang sejati
Tapi mengapa cinta manusia 
Penuh dengan kepura-puraan
Penuh dengan kepalsuan

Baru kini kusedar
Cinta kepada Tuhan
Adalah cinta yang sejati
Cinta hakiki cinta yang suci

Walaupun banyaknya ranjau kan ditempuhi
Banyaknya onak yang diredahi
Di dalam mencari cinta yang suci
Namun aku tak peduli
Kerna ku tahu 
Janji-Nya kepada hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
Kerna ku tahu
Dia tidak pernah melupakan hamba-hamba-Nya
Kerna sifat pengasih dan penyayang-Nya

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mengharapkan cinta-Mu
Aku lemah tanpa pimpinan dari-Mu
Hanya cinta kepada-Mu
Kuharap subur didalam diri ini

Karya: Faris Adli Bin Jamian

Saturday, November 22, 2008

teman...

Teman,
di saat kuberduka,
kau datang menghiburkan daku,
tika ku dalam kesusahan,
kau hulurkan bantuan,
walaupun tika dirimu,
juga dalam kesusahan.

Tapi aku,
ketika dirimu berduka,
aku biarkan dirimu keseorangan,
mencari penawar.
ketika dirimu kesusahan,
aku menambahh penderitaanmu.

Teman,
Maafkan diriku ini,
kerna aku,
bukanlah teman yang baik untukmu,
walaupun telah kucuba,
tapi apakan daya,
diri ini tidak mampu melakukannya.

Teman,
andainya perpisahan antara kita,
dapat membuat dirimu bahgia,
aku rela lakukannya,
kerna ingin sekali
ku berjasa padamu
walaupun hanya seketika.

Karya: Faris Adli Jamian

Saturday, May 10, 2008

Harapanku...

bukan ku pinta,
wang berjuta - juta dikelilingku,
bukan ku mengharap simpati,
dari dirimu,
tapi aku hanya mengharapkan,
berilah aku ketenangan,
agar ia bisa menghapus keresahanku...
berilah aku kekuatan,
agar aku dapat melawan kelemahanku...
dengan ikhlas darimu.
kerana aku bukanlah seperti dirimu,
yang bisa berdiri,
walaupun badai menimpa dirimu,
sedangkan aku,
walaupun hanya tiupan angin kecil,
sudah tidak bisa untuk berdiri melawannya.

tanpa dirimu,
aku semakin lemah,
aku semakin tidak berdaya,
aku semakin tidak mampu,
melangkah,
meneruskan perjalanan,
yang masih panjang.

dengarlah hati ini berbicara,
mengharapkan keikhlasan darimu,
wahai teman - temanku,
wahai keluargaku.


Karya: Faris Adli Jamian

Word of the Day

Article of the Day

Today's Birthday

In the News

Quote of the Day

Spelling Bee
difficulty level:
score: -
please wait...
 
spell the word:

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Hangman

Today In History

Latest News

Countdown