Online Reference
Wednesday, December 17, 2008
Nasib Orang Bujang
Bila nak kawin??? Bila nak kawin??? Bila nak kawin??? Bila nak kawin??? Bila nak kawin??? Bila nak kawin??? Bila nak kawin??? Bila nak kawin??? MORAL OF THE STORY : DONT ASK! **secebis KASIH membuat kita SAYANG ….seucap JANJI membuat kita PERCAYA…..sekecil LUKA membuat kita KECEWA…..tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA… (dipetik daripada tentangcinta.com)
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
Dihantar oleh Faris Adli pada 6:41 PM
Wednesday, December 10, 2008
siapalah aku..
Siapalah aku
untuk merenung sinar matamu
dikala malam serasa sepi
Siapalah aku
untuk menghidu keharumanmu
semerbak bunga ditaman indah
Siapalah aku
untuk memimpin tanganmu
melewati kota titian jiwa
Seharusnya
aku telah lama menyedari
bahawa aku
hanyalah insan terpinggir
yang tak mampu
untuk bergandingan disisimu
apa lagi mengisi ruang kalbumu
Maafkan aku..
tanpa menyedari
cuba menyapa hatimu
walaupun salamku
tidak pernah bersambut...
Dihantar oleh Faris Adli pada 6:32 PM
Madah Cinta..
Apabila kau ingin bercinta,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin bercinta,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....
Andai kau inginkan kekasih yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang kekasih,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....
Andai kau ingin bercinta,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang kekasih,
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bercintalah kerana Allah..
Sesungguhnya Allah itu yg maha sempurna....
Dihantar oleh Faris Adli pada 6:30 PM
Tuesday, December 9, 2008
Muse - Unintended
You could be my unintended I’ll be there as soon as I can First there was the one who challenged I’ll be there as soon as I can Dipetik daripada tentangcinta.com
Choice to live my life extended
You could be the one I’ll always love
You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I’ll always love
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I’ll always love
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before
Dihantar oleh Faris Adli pada 1:25 AM
camarilla | |
Definition: | A group of confidential, often scheming advisers. |
Synonyms: | cabal, faction, junto |
The crime of suicide lies in its disregard for the feelings of those whom we leave behind.
E. M. Forster (1879-1970) |