siapalah aku..
Siapalah aku
untuk merenung sinar matamu
dikala malam serasa sepi
Siapalah aku
untuk menghidu keharumanmu
semerbak bunga ditaman indah
Siapalah aku
untuk memimpin tanganmu
melewati kota titian jiwa
Seharusnya
aku telah lama menyedari
bahawa aku
hanyalah insan terpinggir
yang tak mampu
untuk bergandingan disisimu
apa lagi mengisi ruang kalbumu
Maafkan aku..
tanpa menyedari
cuba menyapa hatimu
walaupun salamku
tidak pernah bersambut...