Madah Cinta..
Apabila kau ingin bercinta,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin bercinta,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....
Andai kau inginkan kekasih yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang kekasih,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....
Andai kau ingin bercinta,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang kekasih,
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bercintalah kerana Allah..
Sesungguhnya Allah itu yg maha sempurna....
Dihantar oleh Faris Adli pada 6:30 PM