Hilang Kawalan...
Walau terlalu pahit untuk kutelan
Dikau terlalu manis untuk kulepaskan
Ku pun tak tahu apa kumahu
Tapi kumahumu
Walau keliru dengan reaksimu
Yang berubah-ubah padaku
Adakah kau sengaja cuba-cuba uji kesabaranku?
Adakalanya reaksimu hangat
Tapi adakalanya dingin membeku
Walau reaksimu sentiasa berubah-ubah
Aku tidak peduli walau keliru
Mungkin kerana itu diriku gila padamu
Kerna manisnya lebih terasa
Bila biasa di kecewa
Memang tak dapat kunafi ku bermain api
Jika tersilap hari ia membakar diri
Dari mula sehingga kini aku sedar
Dikau bukannya mudah untuk dipunya
Menjadi teman diriku yang tidak sempurna lima
Namun ku tiada pilihan
Hanya kau saja pilihanku
Bila kau menyakiti hati ini
Aku tak bermaya melawan rasa
Mungkin kusudah hilang fikiran ku hilang kawalan
Hilang fikiran ku hilang kawalan
Bila kau menyakiti hati ini
Hilang fikiran ku hilang kawalan
Bila perpisahan antara kita