Jika ku tiada lagi nafas...
Kutujukan khas buat teman-teman seperjuangan di MBJB....
Jika ku tiada lagi nafas,
Teman,
Kau jagalah diri,
Sentiasalah sematkan dihati,
Dirimu amat kusayangi.
Andainya dihimpit kesusahan,
Sujud dan mohonlah pada Tuhanmu,
Agar diberikan bimbingan.
Bila terasa sunyi,
Pejamkanlah matamu,
Bayangkan aku berada disisimu,
Bila terasa rindu,
Pejamkanlah matamu,
Aku akan berada dalam bayanganmu.
Kalau ada yang sudi mengganti,
Teman lepaskanlah kupergi,
Kerana insan yang seistimewamu,
Berhak untuk disayangi dalam hidup.
Teman tiada apa yang kekal abadi di dunia ini,
Namun yang pasti,
walaupun ku telah tiada lagi,
Aku akan tetap menyayangimu.
Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
Jika ku tiada lagi nafas.