Online Reference

Online Reference
Dictionary, Encyclopedia & more
Word:
Look in: Dictionary & thesaurus
Computing Dictionary
Medical Dictionary
Legal Dictionary
Financial Dictionary
Acronyms
Idioms
Wikipedia Encyclopedia
Columbia Encyclopedia
Periodicals
Literature
by:

Monday, February 5, 2007

Adakah anda tahu?

Saya tahu,
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain
Menyintai saya.
Saya hanya dapat melakukan sesuatu
Untuk orang yang saya cintai.

Saya tahu,
Bahawa saya memerlukan waktu bertahun-tahun
Untuk membina kepercayaan dan hanya
Beberapa detik sahaja untuk menghancurkannya...

Saya tahu,
Bahawa sahabat terbaik bersama saya
Dapat melakukan banyak hal dan kami
Selalu memiliki waktu terbaik...

Saya tahu,
Bahawa orang yang saya kira
Adalah orang yang jahat,
Adalah orang yang membangkitkan
Semangat hidup saya kembali serta
Orang yang begitu prihatin pada saya...

Saya tahu,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa subur
Walaupun dipisahkan dengan jarak yang jauh,
Yang akan melahirkan cinta sejati...

Saya tahu,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
Seperti yang saya inginkan,
Bukan beerti bahawa dia tidak menyintai saya...

Saya tahu,
Bahawa sebaik-baik pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan saya...
Dan untuk itu saya harus memaafkannya...

Saya tahu,
Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri
Dan orang lain...
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan
Bersalah terus-menerus...

Saya tahu,
Bahawa persekitaran dapat mempengaruhi peribadi saya,
Tapi saya harus bertanggungjawab
Untuk apa yang telah saya lakukan...

Saya tahu,
Bahawa dua orang dapat melihat sebuah benda,
Tapi kadangkala dari sudut yang berbeza...

Saya tahu,
Bahawa tidak penting apa yang telah saya miliki,
Tetapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya...

Saya tahu,
Bahawa tidak ada yang segera atau
Serba cepat di dunia ini,
Semuanya memerlukan proses dan pertumbuhan,
Kecuali saya ingin sakit hati...

Saya tahu,
Bahawa saya harus memilih
Untuk menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi yang menguasai diri saya...

Saya tahu,
Bahawa saya ada hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti
Saya harus benci dan berlaku bengis...

Saya tahu,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
Adalah saat perpisahan dengan orang
Yang saya cintai...

Saya tahu,
Bahawa orang yang saya kasihi
Sering diambil segera dari
Kehidupan saya...

Love doesn’t make the world go round...
Love is what makes the ride worth while..

Word of the Day

Article of the Day

Today's Birthday

In the News

Quote of the Day

Spelling Bee
difficulty level:
score: -
please wait...
 
spell the word:

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Hangman

Today In History

Latest News

Countdown