Online Reference

Online Reference
Dictionary, Encyclopedia & more
Word:
Look in: Dictionary & thesaurus
Computing Dictionary
Medical Dictionary
Legal Dictionary
Financial Dictionary
Acronyms
Idioms
Wikipedia Encyclopedia
Columbia Encyclopedia
Periodicals
Literature
by:

Saturday, February 10, 2007

Lagi Santai!

Paling Bersih

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.
Pemilik : Bagaimana perasaan anda terhadap hidangan dan pelayanan kami?
Lelaki : Ada satu perkara yang boleh saya katakan. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini.
Pemilik : Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?
Lelaki : Sebab semua makanan yang kami makan berbau sabun.

* * *

Undur Kereta

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap "Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!"
"Ok!" kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
"Lagi mak undur lagi" kata anak dia.
"Lagi lagi" kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba "DAMM" kereta yg dia undur tu terlanggar pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit" OK! Mak, dah kena!"

* * *

Ingat! Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.

"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "Kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat ! Seperti bom tangan." Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

Demikianlah adanya....

* * *

Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
"Siapa di luar?," teriak orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"

* * *

Bapa Dan 3 Anaknya

Seorang bapa berjalan dengan 3 orang anaknya, masing-masing berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki satu kedai. 
Seorang pekerja di kedai itu bertanya kepada si bapa, "Ada yang dapat saya bantu?".
"Saya berasa perlu untuk membeli sesuatu, tetapi saya tidak dapat mengingati apa yang ingin saya beli," jawab bapa itu. Lalu bapa itu memandang ke arah anak-anaknya dan bertanya, "Baiklah anak-anak, selain katil dan pintu bilik mandi, benda apa lagi yang korang rosakkan dalam minggu ini?".

* * *

Yang Paling Berharga

Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.
"Saya sama sekali tidak mencurinya,Yang Arif " kata si pemuda itu membela diri.
"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Dia buka baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya. "


Word of the Day

Article of the Day

Today's Birthday

In the News

Quote of the Day

Spelling Bee
difficulty level:
score: -
please wait...
 
spell the word:

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Hangman

Today In History

Latest News

Countdown